Sunday, October 24, 2010

Fine Art Photography.


Tajuk : BUNUH DIRI.

Bunuh diri ialah satu tindakan yang diambil untuk mencabut nyawa sendiri sehingga menyebabkan kematian.

Remaja yang membunuh diri biasanya mempunyai sejarah seperti:

- Konflik keluarga
- Kegagalan personaliti
- Kehilangan sesuatu
- Kesukaran berkomunikasi
- Penyalahgunaan bahan terlarang
- Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini

Mengapakah seseorang itu cuba membunuh diri?

 Sebab-sebab seseorang mengambil
keputusan cuba membunuh diri
termasuklah:
- Kemurungan
- Salah faham dengan ibu bapa
- Gagal dalam perhubungan
- Gagal dalam peperiksaan
- Didera
- Di tinggal sendirian

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: "Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya."
 
(HR al-Bukhari dan Muslim)

Dan Nabi sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang bunuh diri sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah
( جابر بن سمرة ) R.A. katanya:

أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: "Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya." (Muslim)
.

Peranan Masjid.

Masjid adalah tempat suci bagi seluruh umat Islam.
Di sini lah kita sebagai sebagai hambaNya wajib menjaga dan mengamalkan etika ketika di dalam masjid. Semua gambar yang dirakamkan disini difokuskan khas untuk umat Islam itu sendiri 
kerana umat kita hari ini ramai telah melupakan peranan masjid dan surau.

Sabda Rassullallah s.a.w,
Sesiapa yang mendengar panggilan azan, tetapi dia tidak mendatanginya, maka tidaklah sempurna sembahyangnya kecuali kerana keuzurannya”.

(ingatan kepada aku engkau dan kita yang selalu alpa).