Friday, December 24, 2010

tinggal kenangan.

- rumah kedua selepas aku hidup kedunia.
- kene cubit.
- kene marah.
- kene rotan.
- bakar mainan(rumah jadi mangsa).
- jatuh lantai(konon baik sangat tolong mak basuh pinggan).
- ..banyak lagi pahit aku disini.
tapi..
bila mengingatkan kembali rumah ni aku tau kamu berdua 
lebih banyak pengalaman pahit dari apa yang aku terima dulu.
Apa yang aku terima sekarang adalah segala pengorbanan
kamu berdua untuk kami adik-beradik. Tq pa dan mak, sayang kamu
Zakariah Mohd Idrus dan Rahmah Abdul Rahman..

Sunday, November 7, 2010

Seperti Dulu- Dulu


XPDC

 Hot fm dan tm telah mengadakan konsert "night jam" pada 6.11.2010 di i City Shah Alam. Ia di hadiri ramai artis tempatan antaranya ialah XPDC, Atilia, Hujan, Azlan n type writer, Sheila, Pojek Pistol, Monoloque dan ramai lagi. Namun begitu kehadiran aku ke sana sebenarnya hanya untuk bertemu kumpulan XPDC. Walaupon agak menunggu dan berhujan disitu, sangup ku redah jua kerana agak lama tak melihat mereka perform. Akhirnya selepas beberapa artis membuat persembahan, saat yang di tunggu telah tiba. Mael dengan baju japong die, izo dengan rambut pacak, zuar dangan gitar "viper" dan aemy dengan key hitam bintik-bintik telah mengingatkan aku zaman sekolah dan konsert raksasa tahun 98. Akhir kata korang memang terbaik lah!
 

Mael

Izo

Zuar

Aemy

Friday, November 5, 2010

first my slomo

Slow Motion. Editing dengan adobe after effect. Hanya beberapa saat sahaja.

Tuesday, November 2, 2010

Hutan Lipur Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor.

Hutan Lipur Sungai Sendat terletak kira-kira 50 kilometer dari bandaraya Kuala Lumpur. Tempat terpencil bersebelahan kem tentera menjadikan kawasan tersebut sukar untuk di lawati. Permandangan yang menarik dan alam sekitar yang masih terjaga menjadikan kawasan ini antara lokasi yang mesti di lawati. Apa yang menarik di hutan lipur ini adalah air terjunnya yang membolehkan kita(yang berani) mengelungsur, melompat dan terus terjun ke dalam kawasan sungai..
(paham-paham sendiri la ayat aku ni,huhuhu).


Selamat Datang Ke Hutan Lipur Sungai Sendat.


 Jalan masuk kawasan.
Tiket Masuk.
 kawasan tempat "camping".

 Permandangan tenang Sg Sendat.

Jaga keselamatan diri anda.


Ayoi.


aku..

 "My Artwork".

 "My Artwork".

Keluarga Kami.


Terima kasih kepada ayoi(ketua rombongan), dok, yut(ajk makanan), nik, pian, amin, adie, faiz, janggut yang turut hadir melompat bersama-sama. haha. Tq geng, next time pegi lagi.

Sunday, October 24, 2010

Fine Art Photography.


Tajuk : BUNUH DIRI.

Bunuh diri ialah satu tindakan yang diambil untuk mencabut nyawa sendiri sehingga menyebabkan kematian.

Remaja yang membunuh diri biasanya mempunyai sejarah seperti:

- Konflik keluarga
- Kegagalan personaliti
- Kehilangan sesuatu
- Kesukaran berkomunikasi
- Penyalahgunaan bahan terlarang
- Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini

Mengapakah seseorang itu cuba membunuh diri?

 Sebab-sebab seseorang mengambil
keputusan cuba membunuh diri
termasuklah:
- Kemurungan
- Salah faham dengan ibu bapa
- Gagal dalam perhubungan
- Gagal dalam peperiksaan
- Didera
- Di tinggal sendirian

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: "Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya."
 
(HR al-Bukhari dan Muslim)

Dan Nabi sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang bunuh diri sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah
( جابر بن سمرة ) R.A. katanya:

أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: "Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya." (Muslim)
.

Peranan Masjid.

Masjid adalah tempat suci bagi seluruh umat Islam.
Di sini lah kita sebagai sebagai hambaNya wajib menjaga dan mengamalkan etika ketika di dalam masjid. Semua gambar yang dirakamkan disini difokuskan khas untuk umat Islam itu sendiri 
kerana umat kita hari ini ramai telah melupakan peranan masjid dan surau.

Sabda Rassullallah s.a.w,
Sesiapa yang mendengar panggilan azan, tetapi dia tidak mendatanginya, maka tidaklah sempurna sembahyangnya kecuali kerana keuzurannya”.

(ingatan kepada aku engkau dan kita yang selalu alpa).





Tuesday, September 21, 2010

Malam Raya Di Kuala Lumpur - Jalan Tun Abdul Rahman (TAR)

Setiap kali perayaan Hari Raya Aidil Fitri kebanyakkan kawasan di Kuala Lumpur akan lengang. Namun begitu, mereka yang tidak berkesempatan balik beraya di kampung akan mengambil peluang untuk datang ke Jalan Tun Abdul Rahman (TAR) kerana harga barang keperluan raya akan menjadi sangat murah.


-Jalan raya menjadi sesak dengan kelibat orang ramai.


- Pelbagai peringkat umur mencari baju raya,kuih raya dan semua berkait dengan raya.


- Sesak giler. Kene buat highway lain kali.


 - Pelbagai cara untuk mendapat tarikan pembeli.


- Tak putus-putus orang ramai membeli belah.

Selama beberapa minit sahaja di sana. Melihat orang ramai macam "semut cari gula" tak daya cek nak duduk lama-lama. Cukup la 2 3 keping imej. Nak membelipun takde perasaan. Hahaha.

MAJOR - Diploma Fotografi dan Pengimejan Kreatif

The Last Dredge. Warisan Kapal Korek Bijih Timah.

Di Malaysia, terdapat satu kapal korek besar yang telah menjadi tinggalan. Ianya hanya boleh didapati atau dilihat di Perak sahaja dan tidak terdapat di tempat-tempat lain di Malaysia. Perjalanan 15 minit dari pekan Batu Gajah ke Tanjung Tualang Perak dengan menunggang kuda besi tidak sia-sia apabila dihidangkan permandangan menarik disini. Kehadiran aku disini di sambut meriah dengan nyalakkan anjing-anjing yang sangat comel(siol tol). Bayaran masuk adalah RM5. Penjaga tempat tersebut mengatakan "pergilah ke mana-mana tempat selagi kamu tidak takut" sambil gelak sinis. Dengan hati kering, aku pon melangkah masuk. Aku sangat teruja sehinggakan tidak tahu mana satu yang ingin dirakamkan dulu.

- bermulanya misi EOS aku.

- siapa berani ?

- tegak bulu roma aku nk redah.

- lanskap Tanjung Tualang.

                     Selama 2 jam aku berseorangan disitu. Aku termenung dan berfikir seketika bagaimana orang-orang zaman dahulu dapat membina "tongkang pecah" nih, bagaimana penderitaan yang mereka tempuhi. Terlalu banyak persoalan aku disini dan aku hanya mampu paparkan ia di dalam gambar.